Langit menangis lagi
Kali ini tiada henti sedari pagi
Hinggalah ke detik ini
Aduh! Dingin sekali
Hingga mencengkam dek sanubari
Buat diri tak berupaya melangkah kaki
Melihat jendela aku termenung
Menatap langit yang sedang bermurung
Rasa di dalam kian tak terbendung
Hanya Dia tahu hati itu mendung
Yang saban hari dicuba harung
Tangisannya semakin melaju
Berbuat apa harus aku?
Bisakah dihenti tangisnya itu?
Tapi apakah ianya hanya semu?
Ah! Apa harus aku peduli sedang itu bukan urusanku!
Lupakan saja
Itu hanya bayangan semata
Jangan diingat kisah yang lama
Kalau hanya memberi hiba
Lupakanlah! Kekuatan itu, kau harus ada
Kerana Dia sentiasa bersama...
30 Januari 2011
11.25pm
No comments:
Post a Comment